masa kecik dulu tahun 2010 nampak pengumuman untuk action research tampal kat board jabatan math. dalam otak fikir "mendela tu. macam susah je". sekarang aku tahu camna susahnya tu. pastu dengar VIVA. mende pulak viva ni. dengar nama pun tahu dah benda ni menyusahkan. sekarang tahu segala-galanya dan nak kena hadap benda yang kau rasa susah tu.
esok pukul berapa nak bentang?? bagila habis cepat sikit boleh kami pergi bercuti kejap.
benda ni takkan siap selagi tak bentang. patutnya lepas dah. Allah tahu aku tak sedia lagi. balik rumah bibik tanya dah siap. belum bik kami tukar hari khamis. ouhh memang kamu yg mintak hari khamis. memangla.. sejak tahu kemungkinan tak dapat bentang tu aku asyik sebut nak bentang hari khamis atau rabu pagi tapi bila tengok orang lain merdeka kite pun nak merdeka jugak. semalam tu dah sedia jugakla nak bentang walaupun mulut tu asyik mintak hari lain.
disebabkan bentang hari terakhir, kami pun merajinkan diri pergi tengok orang lain. nak dengar soalan camna yg ditanya. benda yang nak bagi tengok tu punya banyak tapi masa 15 minit je. dulu proposal takpela aku bentang 8 minit je. ni betul-betul. moga X-Circle aku diterima. kalau tak memang aku cekik panel proposal dulu tu. kalau dulu terima jangan sekarang tak terima pulak. panel tu boleh pulak tukar-tukar. dalam jadual orang lain tetibe dalam bilik orang lain. tak boleh nak kata panel mana yang ok, yang mana tak ok. semua ada soalan. yang penting dapat jawab ke tak. yang penting persediaan. nak kena edit lagi ni... mujur laporan penuh hantar bulan 11. kalau tak habisla sem 8 ni.
dah nak habis ni baru deme-deme tu risau tak cukup 80% kehadiran takleh exam. mula-mula sakit hati nak urus lama-lama rasa lawak pulak. baru sekarang nak risau. dulu tu main keluar kelas ikut suka. baik aku jadi ketua kelas kalau tahu penyelaras semester ni banyak masalah. sem ni aku dipaksa jadi penyelaras. patutnya aku rehat sem ni. banyak sem dah aku jadi penyelaras kelas. alasan tak pernah jadi ketua kelas, sharyn paksa aku jadi penyelaras. aku tahu setiap sem kehadiran tu akan bermasalah. harapnya selesai la masalah kehadiran korang tu. tak rela dah nak hadap pakcik tu. aku letak jawatan hari ni.
semua benda jadi awal. bentang awal, exam awal. hantar mujurla tak awal.
No comments:
Post a Comment