Thursday 30 July 2015

Tamat Dah.. sobs.. sobs..

habis dah tempoh kutip data..
alhamdulillah, ada jugak data nak bentang nanti.


lama lagila nak dengar suara budak-budak panggil 'cikgu, cikgu'
budak-budak ni banyak nak perhatian, manja-manja. tu takpela jangan kurang garam sudah. ada jugak kurang garam tu yg asyik nak banding tinggi. susah jugak jadi cikgu kecik ni, budak buat macam kawan. lain kali bagi sekolah lain. budak-budak ni tak takut dgn aku. junior pun ada cakap 'akak dua orang ni muka baik. macam tak pandai marah'. banyakla tak pandai marah, kami marah pun dorang dengar sekejap. 

nak lembut dgn budak-budak ni susah sebenarnya tapi aku cuba jugakla. hari terakhir ingatkan boleh sembang dgn kawan-kawan, tak sangka pulak kena jaga budak pra. mujur 6 orang je datang dan deme ni menyenangkan hati. suruh melukis deme lukis senyap je. dah siap lukis dibagi main bising pulak. ah budak-budak ni. kita suruh main senyap-senyap. pastu bagi kerja balik semua senyap. tenang hati aku.

akak,(budak pra panggil akak aku tak kisah, jangan tahap 1 tahap 2 mahu aku cubit) dia tunjuk kaki dia yg melecet. 

ouh..kenapa kaki ni. aku senyap kejap. dahla takde ubat apa. aku bagila tisu. 
tak lama lepas tu, datang seorang lagi, akak tangan dia luka, berdarah.
aku ingatkan darah banyak mana la.. laa sikit je tapi muka dia macam nak nangis. eh budak ni kecik je pun. tapi aku tahu benda tu besar bagi dia. 

mun cakap 'budak-budak ni manja. tapi biasala budak-budak'
hmm aku setuju yang tu. jangankan budak-budak kita yang besar ni kadang nak jugak bermanja. nak-nak lagi dgn mak. suruh sikit rambut, urut-urut. memang tak senang orang tua tu. jangan pelik kalau mak aku masak pucuk betik bila aku balik. aku selalu cakap mak orang lain masak benda berjenama tapi mak aku hmm.. dah tu yang kau suka. pahit kelat semua ada. kakak-kakak aku taubat taknak makan. aku je tahan lasak ni. tak kisahla rasa apa pun. balik rumah aku tak cari ayam. aku dgn ayam bukan kawan baik sebab banyak daging. macam biasala aku nak tulang tapi bukan tulang yg anjing makan tu. kalau ada ayam dgn ikan pun aku lebih suka ikan. kesian ayam tapi takpe ramai lagi suka ayam.  aku rasa aku tak memilih bab makan tapi ada jugak yg aku tak makan. dah tua-tua ni tak suka makan benda manis. aiskrim memang jarang. kuih raya pun dah tak makan banyak. semua nak manis. masam tu aku suka la. ritu kat rumah umi ada tapai. aku tengok sedap je ana makan. aku nak try jugak tapi aku keluarkan balik. tak kena dgn aku. 
ana cakap 'ada jugak benda kau tak makan'. ana yang memilih tu boleh pulak suka. PELIK.

nak cerita tentang budak yang tersasar ke hal makan tu kenapa. 
hari tu cikgu pindah dah, hari ni pindah lagi ke?
aah, cikgu kena pergi ngaji. sedih jugakla nak tinggalkan sekolah lagi-lagi ada yang bagi kad. tak pulak dorang bagi hadiah kali ni. hihihi. takpe bagi kasih sayang cukupla. cakap rindu tu pun dah bermakna walaupun tak tahu betul ke tak rindunya tu.  

4F ok sikit hari ni. aku mintak mun jaga sebab aku nak buat ujian dgn 5 orang tu. janji nak bagi buku hampir semua duduk diam. nak bagi 4 orang tapi semua macam baik je jadi aku wajibla beli buku lagi. takpe nanti cikgu beli lain pastu cikgu bagi cikgu izni. ahad nanti mintak kat cikgu izni. mujur ada junior kat sekolah tu lagi. best jugak kalau internship nanti kat titi gajah tapi kalau boleh kami nak berenang jauh-jauh dan timbul tempat lain pulak. taknakla asyik-asyik timbul kat titi gajah. 

3 bulan 4 hari kat titi gajah tamat dah. intern nanti tak tahu la kat mana. posting lagi la tak ketahuan. 

kes lain pulak..
dah diberitahu dan aku tak tahu nak cakap apa. 
aku jawab baik-baik jelah. 

Wednesday 29 July 2015

-Tak Cukup Sekali-


tak cukup dengan sekali, kita kena fikir berjuta lemon kali. 
fikir. fikir. fikir. satu dua kali macam okay. ketiga macam lain dah. keempat dan seterusnya kita malas nak fikir dah (kalau akula). bab nak fikir banyak kali ni buat aku fikir lain. makin fikir makin ke lain. 

kenapa nak fikir banyak kali??
untuk elak kau menyesal di kemudian hari.
untuk elak kau salahkan orang lain.
untuk elak macam-macam. fikir sendirila, aku takde ayat dah ni.

senang nak putuskan kalau memang suka dari mula. memang dia la yang kau nak. memang kau tahu dah baik buruk dia. memang kau tahu dah hidup dia macam mana. mungkin kau tak tahu segalanya tapi kau yakin sebab kau memang suka. cinta pandang pertama katanya. yang susahnya... 

kau yakin kau takkan salahkan orang bila pape berlaku nanti?
kau yakin kau akan terima semua kekurangan yang ada?
kau yakin kau takkan ungkit perkara yang lepas?
kau yakin apa lagi?

soalan pertama izat hari ni bila nampak aku 
"ena.. kau nak.....??"
huh, eh takla. tak. 

ah sudah dorang ni kenapa aku pulak yg kena. aku jadi suspek ni kenapa. pape pun semua masih tertanya-tanya siapa sebenarnya. aku pun nak tahu siapa. korang rasa aku tahu? aku pun tak tahu la. serius aku pun masih mencari jawapan.

Tuesday 28 July 2015

-Bawang Supernatural-






bawang utk esaimen math. aku nak taman benda lain bukan nak tanam bawang.


bawang kau nama apa??
kawan lain buh nama kartun. aku tak tahu nama kartun zaman ni. kartun moden ni aku tak kenal.
nama bawang aku dean, sam, castiel. mula tanam tiga pastu tambah 1 crowley. supernatural kot geng aku. kalau tak hidup tak tahu la. penat bagi nama hebat. dah berapa hari ni tengok macam dean je yang ada harapan utk hidup. janganla mati semua kang aku nak tulis apa. kot mati sebab salah cara tanam. ikut suka nak tanam camna. tak kisahla janji dah cuba. 


Sayang. Hilang.

janganlah kita jadi macam de meises.
kemarin katanya sayang, hari ini hilang.

family
kawan


hari ni dialog bersama teman-teman je. 

mun, sakitla pakai kasut ni.
kau tak gigit sebelum pakai. 

hah, kena gigit ke?
tak tahula tapi orang tua kata camtu.

ouh.. memang kena gigit ke sebelum pakai kasut baru. 

ana, aku tak kira esok kau nak guna apa. kau nak buat camna. kau kena dapatkan ink printer.
tengkorak kau. 
tengkorak kau kata aku. 
jarang nak dengar perkataan-perkataan ni.

cikgu, sekarang kami baik dah. dulu kami buat cikgu nangis. sekarang cikgu tak nangis dah kan. 
ha yela... kalau 2 jam kat kelas tu mahu aku nangis lagi. 




-BUKU RAYA-

01.05.2015 jangan tanya kami pegi mana.

pernah mintak kawan yg tak minat baca buku ni usaha baca buku. 
dah habis baca dia cakap isi dia sama je dengan buku lain. syok sendiri la penulis ni.
punya geram aku. orang bagi baca boleh dia cakap camtu. kalau semua orang fikir camtu tak laku la buku kat dunia ni sebab memang pun isi dia banyak yg sama. apa salahnya baca ulang-ulang untuk peringatan. kita kan mudah lupa. 

demi buku kami larikan diri ke KL.. 
bulan 4 riuh sekampung ada pesta buku kat kl. mulanya takdela nak pegi sangat. pastu cakap tahun akhir dah ni. lepas ni bukan senang nak pegi. kami pun pindah balik asrama then bagitahu ummi kami nak pegi kl. mujurlah ummi cakap pegila jalan-jalan. siapa lagi yg ikut?? kami bertiga je. kami bertiga sebab kami tak bagitahu pun orang lain kami nak pegi. kalau ajak ramai-ramai nanti tak jadi pulak. lagipun banyak kepala ni susah. semua nak ikut kepala dia. kami bertiga ni kiranya boleh lagila sehati sejiwa. rahsia larikan diri 2.0.. 
dah 2.0.. 1.0 larikan diri ke perak. tiket aku pukul 10 tetibe 2 orang budak ni buat plan. tetibe nak ikut. bukan senang aku nak bagi orang datang rumah. tapi hari tu aku tak kisah. maka aku freekan saja tiket pagi tu. first time kami larikan diri. kawan lain ni kalau kami pegi mana-mana mesti sibuk nak mesej "korang buat apa", "sekarang kat mana". masa kami duduk diam-diam kat asrama takde pulak nak tanya. kalau korang ikut pun mesti korang tak suka. kami sengsara jugak kat sana tu.. punya berat nak angkat buku. nak jalan sana-sini lagi. 3.0 tak tahu lagi nak lari  ke mana. lari-lari ni takyah rancang. kita nak kita pegi. yang penting family izinkan. 

minat baca buku tak selalu jugak datang. untuk tahun-tahun yg lalu dan tahun ni jugak minat nak baca time ada baucer buku la. tapi pegi kl ritu baucer dah habis. so aku relakan duit aku sendiri. dah suka takkan nak tengok je. mana nak sangka aku sanggup pegi jauh semata-mata buku. muda-muda dulu tak fikir pun nak beli buku. tak minatla. baca pun novel je. cakap tentang novel habis sikit jugak duit aku beli novel. novel.. hmmm.. macam cerita sekarang jugak banyak yg tak logik. tak bolehla novel tu diadaptasi sebab.. (pengarah & penerbit fikir sendiri). 



Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-NpNxqe2Hy_-Ggaul7t6TwNelCErRr5PGA_pGxrAn01hZwtOaQNCWkF3AzjPPEMu1Ry9QXgQNaDx7hI8tipfnIL-AJX-oPNkqjPDe6WDhqQx2JqQjgcvHUybTcLUdNnXqVyHx1s06J2Lk/s200/CH8pY7VVAAA3zIl.jpg



Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg03VlTYZQjgfLZShbRRPsHNHqkWtCawNy1gJfUKbUbjFxGudS3jqRwQN-LynPvlHjaJV9P8MjJQ7nRC8F_tRJ9973m-OG60pCftF5oDYsQxs2cv4o5qvZd369da3Z_WwNLkdWCFxU709JH/s200/11713698_1682308371988750_2282984586556291574_o.jpg

nampak dah duit tu nak pegi kat mana. 
bulan ni tak boleh nak beli lagi sebab hmm... banyak sangat sebab. 
nak beli buku ni. tapi bab beli online ni aku malas, aku nak tunggu depan mata baru beli. tunggu jelah dulu kot ada yg nak hadiahkan.


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHF9L3n41lfqlfaehupsFPyQeNHx3Fbk7fZ2nXJVANTtxDOMlxqrT-PeamdjvceNe2u3VzQb8b4I-XF5bdYVGF7CaPOWRcUxJ6FeVYiSRwq_wyLGjGNK669yhDxDLCciMRC9EQ5eOIU5eJ/s320/11144440_1683216718564582_7792382783505195881_n.jpg
ni yg ku tunggu




buku raya..

dulu tu aku tag jugak kawan-kawan utk bedtimes story tapi takde rezeki.. akhirnya aku beli sendiri. sekarang aku cuba lagi. dah tag kawan-kawan tapi tak ramai la sebab takut orang tak suka.. yang lain aku dah ada aku nak cerpen je sekarang. kita tunggu senarai nama keluar kalau tak dapat takpela.. sedihla jugak. 

ada kawan tanya kenapa kau suka sangat tarbiah sentap ni??
aku suka penyampaian dorang walaupun ada yang cakap dorang ni cakap lepas je, tak hormat orang & macam-macam. kadang orang tak suka sebab dorang ni bawah something... pemuda.... 
takpela orang tak suka. yang penting aku suka & jangan halang sebab aku bukan suka benda tak baik pun. aku tak kisah dorang bawah apa janji ilmu tu betul. aku suka cara penyampaian, cara penulisan & yang penting aku ni DEGIL sangat so kena sentap sikit nak sedar tu. aku dah baca & aku mengaku aku takla berubah banyak mana. aku baca utk peringatan. kadang tu aku ingat apa aku baca lebih-lebih lagi time aku buat salah. hurmmm.. 

aku selalu cakap sorang-sorang kalau bab penulis-penulis ni. kawan-kawan tak kenal sangat. sejak bila si ena ni kenal banyak penulis? 
aku kenal sebab aku suka baca. tapi malangnya aku takda bakat nak tulis macam dorang. sampai sekarang cerita tentang guru inspirasi utk EDU3083 aku tak tulis. 


harapan tinggi jugak nak dapat buku raya




sampai dah buku raya!!!
alhamdulillah dapat yang betul-betul aku nak.. 



kalau tak setuju dgn tarbiah sentap,
 korang buatla tarbiah sentuh.
bukan aku taknak beli tapi lebih bermakna dapat free.
kat mana ada buku free kat situ ada aku. kalau takda tu maknanya aku tak tahu or aku tak minat.

Monday 27 July 2015

-Banyakla Dramanya-

Ok la kasi can..

Drama dan Movie Melayu (atau indonesia, bangla, afrika, nepal, somalia dan lain2) yang ada UNSUR-UNSUR haram, maka ia TETAP HARAM.


Takde siapa kata halal. Contohnya adalah suamiku encik sotong, suami ku labi-labi, suamiku jatuh dari langit, suamiku jatuh dari bumbung, Hati Perempuan, Hati Pondan, Anakku Bukan Anakmu Kau Siapa, Bawang kelabu Bawang pink, dan lain-lain.


Tak kisahlah Melayu je, Korea ke, Bangla ke, Somalia ke. Bukan hanya Korea Jepun je.


Contoh unsur haram?


1) Dedahkan aurat. Sapa kata dedah aurat kita boleh tengok?


2) Ada unsur seks dan lucah samada sikit atau banyak.


3) Ada unsur menggalakkan pergaulan bebas.


4) Ada unsur mengagungkan arak dan mengangkat syirik.


Dan lain2.


Jadi apa kena buat? BOIKOT la semua drama ni. Kami dah lama boikot, anda mesti boleh punya. Kami bukan malaikat, kami bukan Sahabat Nabi, kami sama macam anda.


Kami sama macam anda ler wahai kawan-kawan. Kami hidup di akhir zaman yang penuh fitnah, duduk dalam masyarakat yang haru biru, ada ahli keluarga yang tak taat perintah Allah dan buat maksiat, belajar di kampus yang ramai orang buat maksiat dan dosa, ada ramai kawan yang buat dosa tapi tak rasa bersalah, dan lain-lain.


Kita sama ja.


Kami pun rasa nak tengok juga. Siapa kata tak best melayan nafsu nak berhibur? 


Tapi kami usaha juga sedaya upaya untuk jauh dan tinggalkan. Walaupun ada masa kami tewas, tapi kami tak putus asa dengan rahmat Allah.


Kami pun kadang2 malas nak bertaubat, malas nak ulang taubat lagi dan lagi. Tapi kami cuba dan paksa diri untuk taubat dan menangis depan Allah.


Kami cuba dan terus cuba walau banyak kali gagal dan walau kadang2 tu nak putus asa. Tapi at least we try and keep trying. Kami yakin, anda pun boleh..


Usaha lah untuk tinggalkan maksiat. Usahalah.. Anda tak rugi pun. Dan kami tak untung se sen pun kalau anda tinggalkan maksiat.


Anda marah dan kutuk kami pun, paling jauh Anda hanya boleh unsubscribe emel Tarbiah Sentap, dan anda rasa "puas" maki hamun kami.


Selepas tu, apa lagi anda dapat? Kita sebenarnya nak apa dalam hidup ni?

Kita nak apa sebenarnya? Nak berhibur je? Kawan-kawan..
Satu soalan terakhir..

Belum sampaikah lagi masa untuk anda berubah dan taat pada perintah Allah? Belum sampaikah lagi?


Jom kita muhasabah..



Ikhlas,

Team Tarbiah Sentap


huh.. tak terasa tak tahu la.
masih lagi berusaha tinggalkan semua jenis drama muvi lagu.. masih lagi tersasar, masih lagi terjatuh. jatuh sekali tu kesilapan. jatuh dua tiga seratus kali tu ke... apa pulak. 
dulu naik bas kena dengar lagu. cas henpon penuh-penuh. sekarang takyah lagu dah. balik raya hari tu aku lebih suka bas tak pasang radio dpd dengar lagu raya tak berapa nak best. buat kerja pun tak dengar lagu sebab memang jenis takleh berfikir bila dengar lagu.
aku suka dengar lagu hindustan. mungkin sebab kecik dulu banyak cerita hindustan ni. boleh je aku nyanyi satu lagu tu penuh, sebutan pun betul. cuba la time mengaji camtu. ni payah pulak. sedih mengenangkan 3 tahun tak pandai lagi. ada yg cakap aku konfiden tu memang aku tak suka. bila masa kat mana aku konfiden. jangan cakap ikut sedap. aku bab konfiden ni memang tahap paling rendah tak kira dalam apa pun. paling tak konfiden nak jumpa mak orang. sempat lagi nak fikir yg tu. 

memang susah,  memang payah, memang tah apa lagi la tapi kena cuba jugak. 



....4 hari je....

perjalanan..............

tak sangka hari ni kat sekolah. macam mimpi pulak. berjaya jugak kami tempuh halangan tu. 
turun kereta murid jerit dahh.. cikgu ena!!! mujur kenal lagi. datang 4 hari je nak buat kacau kat sekolah. semua benda nak ubah. daripada sebulan tinggal 4 hari je. suka hati datang kutip data. lepas ni berkurung balik kat ipda.

bila dah kena pergi sekolah kenala iron baju awal. kenala sediakan baju kasut stokin tudung semua benda waktu malam. kalau iron baju malam, 10 minit aku ambik nak pilih baju. cuba iron pagi laju je aku pilih. baju tak banyak mana pun nak fikir berpuluh kali. dulu mula-mula pakai tudung 30 minit aku iron tudung. sekarang ada teknik dah takla lama sangat.

bertemu tu ok.. nak berpisah tu yang payah. nakal camne pun aku sayang jugak.

2A tapi 4F mencelah

5 Fathonah

cikgu, hari ni cikgu ena nak ajar kami. cikgu boleh rehat.
pandai la korang. aku datang nak cari data. 

fasa 3 punya gambar. minggu ni tunggu hari khamis


gelap tu ok, hitam tu hmmm
bam bam tu ok, gemuk tu hmmm
pendek tu ok.. (tinggi tak kisah sangat nak main-main)
pilihla perkataan yg tak menguris hati dan perasaan.






Sunday 26 July 2015

KECIK COMEL ALARM KUAT



hadiah? siapa bagi? aku suruh masuk dalam kotak dan sumbat dengan kertas je bukan suruh balut cantik-cantik. akhirnya aku dapat handphone aku yang kecik comel alarm bunyi kuat tak macam satu lagi yang besar sikit tapi takleh pakai. alarm tu penting sungguh2. dorang cakap sensitiviti aku tinggi. bunyi sikit je aku bangun tapi aku tak caya jugak sebab kadang tu satu benda pun aku tak sedar. 

aku syak dah aku tinggal benda ni masa kat kereta tapi aku tak berani nak bagitahu. takutla kena sembur depan-depan. bahaya kot. jadi aku call bagitahu bila sampai sini. tolongla pos bukan sengaja nak tinggal. mujur tak kena marah. alarm dia kuat sangat kalau aku tak sedar tak tahu la. bukanla aku perlukan dia sebab alarm tapi nombor tu penting. mana tahu menteri nak call aku. 


Saturday 25 July 2015

E.M.O.S.I


sekadar hiasan

selalu tak selalu rasanya selalu jugakla salah tafsir ni.
selalunya tahan maki. tak kisah orang nak cakap apa. 
contoh sepanjang tahun orang cakap gemuk tak terasa pun tapi kadang ada hari-hari sensitif yang semua benda nak terasa. hari-hari camtu orang bergurau pun kita anggap serius jadi sekrang salah siapa. gurauan yang terlampau atau aku yang tak berapa waras. takyah gurauan la benda lain pun aku anggap lain. orang cakap lain aku anggap lain. 

esok nak hantar esaimen jadi takleh nak merepek dan taip panjang-panjang. jap lagi nak pegi rumah ummi. birthday ahmad kan hari ni. 

mintak maaf bebanyak atas ketelanjuran kata.

Thursday 23 July 2015

NAK SALAM KE TAK?




kalau la dapat salam mak ayah.. kalau aku salam mesti pelik. tak pernah dibuat keturunan bangsa aku salam-salam ni. tak tahu la family orang lain tapi family aku takdela salam-salam ni. dah lama tak jumpa pun angkat tangan je. takde nak salam peluk cium ni. pelik kot. aku cemburu jugak tengok kawan-kawan dulu salam dengan mak ayah dorang. aku nak pegang tangan pun payah. dulu memang takla aku nak buat semua tu walaupun teringin. baru-baru ni je aku cuba. salam tu takla tapi peluk cium tu aku cubala. yang paling berat nak buat ni mesti la kat ayah. masa kecik ayah tula yg dukung aku tapi dah besar tak pernah pulak aku pegang tangan dia. tak pernah pulak aku fikir mungkin lain kali takde peluang dah. umur dah 20 lebih ni baru aku selalu fikir mungkin ini yg terakhir. nak buat memang susah sebab tak biasa. sampai la hari tu... untuk pertama kalinya aku nak balik aku peluk ayah aku. orang tua tu macam tak sudi sebab dia tak biasa kann. mak aku dah biasa dah. 

aku tak biasa dari kecik jadi semuanya pelik. semuanya susah. aku cuba buat yg terbaik. aku taknak menyesal kemudian hari. biarlah pelik janji aku tak menyesal. rasa nak balik pulak. T_T

10.08.2012 dan seterusnya...




Raya kali ke-4.


2012. 2013. 2014. 2015

tiap tahun aku ade pilihan nak raya ke tak. aku tak kisah sangat tak dapat raya. rasanya 2 kali je aku raya. 

tahun pertama taknak raya. pagi-pagi baca kad raya nangis sorang-sorang. 

tahun kedua ikut ummi. asal ikut orang mesti dorang tanya - ni anak siapa? nanti kalau ikut suami jangan pulak tanya -ni adik ke? 

tahun ketiga eja ajak tapi tak jadi. pagi tu aku pegi kelantan. atuk aku beraya. orang kata senang la atuk kau islam. mesti bapak kau tak kisah kau islam tapi bagi aku tak sama dan tak senang. tu ayah dia, aku ni anak dia. 

tahun keempat jadi jugak beraya dengan eja. dengan jubah yang tak sempat potong dan takde tudung. mujur ayah dan mak baik hati hantar cari baju petang tu. aku pakar buat muka kesian so dorang tak sampai hati. aku ni memang banyak menyusahkan  pun.. kalau tak cukup sabar takyah sebumbung dengan aku. tudung.. hmmm.. pinjam jelah orang punya. aku bawak sehelai je. kalau aku tahu nak beraya aku bawak satu beg. takla susah nak cari yg sesuai. pakai shawl jelah senang nak bagi labuh. 

untuk tahun ni pertama kali dalam sejarah puasa aku tak bangun sahur. bangun-bangun dah 6.10. ok takpe. aku akan pastikan tu yg pertama dan terakhir. janganla ada yang kedua ketiga keempat kesepuluh keseratus. bukan tak larat atau apa tapi aku tak puas hati.

seronok tak raya?? huh? seronok, seronok. soalan dorang yg tak mampu aku nak jawab dengan jujur. sejujurnya tak sangat sebab bukan family aku. pegi bejalan pun jumpa sedara korang bukan sedara aku. orang asyik tanya ni siapa. anak siapa. sebab tula raya kedua aku malas dah nak ikut jalan. tak sanggup dah dengar soalan tu. dengan ummi dulu pun sama jugak. tu lagila tak tahu nak jawab apa. nak kata anak angkat takut aku syok sendiri. tahun depan entahla. aku rasa nak duduk rumah je walaupun family eja cakap tiap tahun boleh datang. papepun mekaseh banyak-banyak la sudi tumpangkan. sudi jemput. sudi bagi makan. sudi bagi duit raya. sudi bawak tengok pesta meriam yg akhirnya buat kita sakit kepala dan trauma. 

first time jadi aku takut kena tangan


tumpang family cik eja



- awak memang jenis tak banyak cakap?
-----haa ye kot..  kalau dengan orang tak rapat.


satu lagi soalan yg aku takda jawapan, ayah kau tahu ke?? yg mampu aku jawab entahla. dia macam tahu tapi buat tak tahu. aku dgn bapak aku. kami panggil apak. aku dgn apak aku tak macam orang lain. bukan salah orang tua yang tak mesra mungkin sebab aku yang tak pandai nak dekat. bukan salah dia pun taknak terima cuma aku tak cukup berani. tak adil nak salahkan mereka sebab mereka dah biasa dengan cara hidup mereka. jadi semuanya salah aku. T__T. 

tahun ni cuti sikit sangat & aku menyesal pulak pegi beraya tu sebab tak lama aku kat rumah. masa nak balik sini dah naik bas tetibe hujan. habislah aku tak dapat tengok mak ayah aku tunggu kat parking. ingatkan hujan takdela family aku kat situ. tetibe tengok dorang ada kat situ. mujur hujan tak lebat dah time tu. macam tula tiap kali balik tak pernah dorang gerak sampai bas aku gerak dan aku tak pernah jugak tak mengalirkan air mata. adooii dah besar dah masih jugak nak nangis. tak boleh kawen lagi camni. bila tengok dorang rasa macam takyah kawenla. nak duduk dengan dorang je. taknak nanti takde masa dah utk dorang. kejap fikir camtu kejap fikir cam lain. malas nak layan jiwa ni. 

bersyukur aku dapat mak ayah yg tak sibuk dan ada masa nak hantar ambik anak. cakap je bila dorang boleh datang. tak kisah dorang takde pelajaran ke apa yg penting dorang ada masa utk anak-anak. takla sorry papa tak dapat datang ada meeting. tak pernah pulak bapak aku cakap camtu. risau aku anak-anak aku nanti kalau mak bapak dorang sibuk sangat. itu tak boleh ini tak boleh. hurmm.. 






Wednesday 22 July 2015

RAYA MATEMATIK 1


raya dah kan?? malas nak taip panjang-panjang. nak bagi tengok gambar je. kalau taknak tengok tolong tutup mata. banyak benda nak cerita tapi malaas dah nak taip. mekaseh encik azmi sudi sponsor.

bagi yang tiada kami tetap menanti kau kembali. bila lagi???
dalam suka kami ada juga terselit duka mengenang dirimu yang makin jauh.
kami setia menanti walaupun ada yg dah tawar hati dgn kau.
tak mampu kami nak memujuk lagi. kami harapkan daddy jernihkan kembali.
pulanglahhh..


selamat hari raya!!! (sorang takde T_T)
pinjam mainan anas sat






tahu tapi buat jugak.
bukan aku tak tahu.
nak cakap pasal post-post gambar nila.
bukan aku tak tahu tak elok tapi.........................
rasanya takda yg baca tapi salah tetap salah.
sorry la kalau menyakitkan mata dan mengganggu jiwa.
sebelum ditegur baik mengaku dulu buat salah.
okay aku delete yg mana tak patut.





Tuesday 14 July 2015

A-Z, 1-infinity

kasut biruku rosak digigit anjing.
tinggi lagi uncle tu.



Ingatkan semudah ABC 123.
Rupanya sepayah Alif Ba Ta.

sharry, nombor mula dari no 1 ke 0??
sama-sama tak pasti.

matahari terbit tasik DA
PCB : tak semudah itu diucapkan wahai kanak-kanak 











Sorry Sharry

ternyata L Satellite dgn Lenovo sharry tak boleh bersama-sama. berapa kali dah jadi camni. bila aku on L terus Lenovo taknak gerak. nasib baik ada hamster penyelamat dan L pun berapa hari ni ok takyah guna hamster. kita panggil hamster sebab takde ekor. yeke hamster takde ekor. tikus ade ekor.  marah dah sharry dengan aku. nak buat macam mana. tak sangka dorang ni takleh kawan. dulu ok je pun. 

berapa tahun dah umur L?? dah nak 3 tahun. dulu kawan dgn N tapi N kecik dan slow. aku yg kurang penyabar buat muka kesian kat bapak aku yg aku nak L. entah kenapa la L yg aku suka time tu. aku dapatla L yg lebih besar dan ok berbanding N. aku kurang sabar jadi aku taknak N yg kena tunggu berapa minit tu. sabar na sabar. selalu je cakap seindah sabarmu tapi tak jugak nak sabar sangat.
Jadual kelas haku yang takde kelas petang. yeayyy



Monday 13 July 2015

yeayyy!! ESEI DAH SIAP


status michelle : rindu pulak aku kat budak yg suka membebel tu... ha.. engko la. sapa lagi.


eh,  kenapa aku terasa?? 
tak bukan aku, bukan aku.. aku tak membebel la.
mesti orang lain kan. aku suka cakap sendiri je. (macam tak betul pulak)
takla selalu nak cakap sorang-sorang ni. ikut keadaan jugak. korang tak tahu tu cara aku motivasi diri aku. 

btw aku tulis ni setelah aku siap esei.. yeayyy..tepuk tangan. akhirnya siap jugak dengan 1288pp tapi tak tanya lagi la betul ke tak. tajuk pun takde lagi. suruh orang tulis tapi taknak ayat berat. okay, ayat berat tu camna? entahla encik. encik baca dulu la. nak bagi tengok sekarang pun malas dah nak jalan. aku dah masuk kubu ni tak rajin nak keluar balik. mujur aku sempat siapkan esei sebelum soalan paling susah tu ditanya. 

goh budak cina tu tah kena penyakit apa suruh aku baca esei dia. esei aku pun tak siap wahai kanak-kanak sekalian. hari ni tutorial 2 jam tapi kami bukan bincang soalan encik bagi kami duk betulkan esei orang. ada la 2 orang bajet editor kat kelas termasuk aku. encik suruh bincang tapi kami dah buat malam tadi tinggal nak cakap je.

tutorial 2 jam. esok pun 2 jam. hanya kerana 2 jam aku masih kat sini. 






Sunday 12 July 2015

____Adab Beraya_____





ade ke tak faham. aku faham kot. bebudak ni suka je cakap sarawak dgn aku. selalu aku sorang semenanjung jadi dorang tak cakap bm biasa ni. aku yg kena faham apa dorang cakap. kawan-kawan aku memang cheesssekut. iban je aku pening sekarang ni. berapa perkataan je yang aku tahu. hmm. malas aku nak cakap bahasa sendiri nanti korang pulak tak faham. 


Buku + Anas + 6.0


Yeah... dapat buku.
sebelum subuh aku dah tunggu pengumuman pemenang buku. malam tu nasib baik aku tak tunggu si admin tu tak umum pulak. mujurla dia janji balik sebelum subuh. macam biasa bila dah keluar senarai nama aku dengan nervous yang amat sangat scroll cari nama. hmm.. macam takde je.. takpelah.. tak lama pastu, alhamdulillah.. ada jugak nama aku. aku yes yes sharry buat muka pelik. mende budak ni happy sangat time sahur. 4 buku tu tak tentu lagi dapat yang mana. aku nak cerpen je tapi dorang tak boleh nak bagi yang kita mintak nanti tak adil. hmm. takpela dapat mana-mana pun. 







 Jumpa Ananas



berapa lama dah tak jumpa anas?? hmm. tak ingat. macam biasa dia mula-mula tu dia malu-malu. salam pun taknak. main pun taknak. duduk lama sikit baru hilang malu dia. bila dah tak malu aku yang jadi mangsa. kepala badan aku jadi highway kereta dia. siapala dulu tu ajar dia main camtu. anas ingat kot mata hantu yang aku selalu buat kat dia. budak yang main dengan aku dapatla tengok mata tu. anak buah kat rumah biasa dah tengok. yang paling best sekarang ni bila aku peluk kacau dia, dia tak nangis dah. dia gelak je. budak ni best time dia dah tahu respons. time baru-baru lahir aku tak suka nak jaga sebab dorang tidur je.. ada orang cakap eh biarla dia tidur senang nak buat kerja. memangla tapi aku nak dia main dengan aku. anas takyah besar dah, cukupla macam sekarang ni. pandai dah senyum tengok kamera sekarang ni. 



6.0 yang terakhir


bertuah korang dapat bukak puasa dengan dena bahrin. sorry dena aku pinjam nama jap. dena merujuk pada shawl yg dipakai. style dena la sangat. tak sama pun. tiap hari ada je yang balik. tak sabar sangat pun dorang nak balik. kalau takde banyak peraturan aku pun lama dah hilang dari sini. 6.0 tinggal kami 4 orang. disebabkan tomyam seni tutup kami pilih rosli bihun sup. berapa kali dah aku makan sup bulan puasa ni. sharry marah bila kami bertiga pegang handphone. semua sibuk dengan handphone. eh takla sharry, tadi aku tak pegang pun. aku tengok kau, kau tengok aku. kau tak cakap pun dengan aku. 

hari ni michelle pulak balik. tinggal aku dengan sharry memang tak pegi mana la kami ni. duduk dalam bilik diam-diam sudahla. esok-esok nak kena masak sendiri dah kot. lambat pulak rabu ni aku pun nak balik jugak. 


dalam proses siapkan esei.. esok-esok nak cuti dah. kena siap sebelum balik takla nanti lepas cuti tak tidur buat kerja. 


Friday 10 July 2015

5.0 Math 1 & Math 2



tak sangka ada 5.0 hari ni..
math 1 & math 2 bergabung..
kami berempat, dorang berempat kat rumah gee kurus cantik menawan.. mekaseh makcik & gee sudi jemput kami.
masak utk kami. the one & only kumbang, zawawi..
kami bawak anak laki kami sekali. mana boleh tinggal dia bab makan. ritu dia belanja satu kelas. hmm.
berkali-kali nak bayar dia taknak.
taknak sudah. kami ucap terima kasih jelah.
siapa nak photographer utk kahwin
bolehla contact dia.
harga aku tak tahu, tak pernah
tanya sebab belum nak kahwin.

-----KITA SAMA----





sekadar hiasan
tutorial shawl kak dena tuuu...
baru dapat tahu abang tiri michelle ada kursus kat sini & mintak michelle jadi driver dia sampai dorang balik sama-sama ke sarawak ahad nanti.. satu-satu kawan aku balik tapi aku kena jugak jadi budak baik stay sampai rabu. hmm. takda alasan nak kata tiket mahal kalau balik lambat sebab harga dia sama je. tiket pun dah habis. ketiadaan tiket menguji kejahatan aku nak balik awal ke lambat. mujurla aku waras lagi so aku pilih jalan selamat. terpaksa la aku naik kat shahab. nak pegi shahab macam mana pun aku malas nak fikir. nanti ada la jalan penyelesaian.

ipg sekarang ni dah aktif kompaun orang. tak pasal-pasal nanti kena bayar kat dorang. sejak ipg buat camtu ramai dah pakai nametag & kad matrik. nametag ok lagi tapi kat matrik tu mintak ampunla. malas kami nak pakai. banyak kesalahan kena kompaun ni. baru-baru tak hadir majlis bersara pun dah kena RM50. mujur aku baik hari tu. kalau tak melayangla.

peraturan baru : kad matrik utk dipegang bkn dipakai


opps lupa sekejap tentang michelle..
michelle, aku kesian kat kau. kalau aku hadapi benda yg sama pun aku tak tahu nak buat camna. abang dia confirmla tak tahu dia Islam pastu tudung camna?? ujian. ujian. 
aku takut jugak dapat situasi camtu. nasib la tiap kali pakcik aku bertugas kat istana or bukit kayu hitam dia tak datang jumpa aku. kalau tak haru aku. 

bila fikir balik nanti bulan 9 nak angkat barang dah. family mesti datang jadi aku nak pakai camna? hahahaha.. idea. idea. idea. apa aku nak buat? buat masa ni memang takda jawapan. aku tunggu jelah macam mana,. tunggu dan lihat. kot time tu aku berani mengungkapkan yg sebenarnya. bab nak mengaku ni rasa macam budak kecik pulak. rasa tak cukup besar lagi nak berhadapan dengan realiti. rasa tak cukup bersedia. kadang aku fikir jugak aku ni tak bersangka baik dengan Allah. aku tak yakin dengan Allah, kenapa aku takut sangat dengan family yg hanya manusia biasa. kenapa jugak aku tak cukup kuat. kenapa aku perlukan orang lain untuk berada di samping aku sedangkan orang lain tu tak pasti lagi ada. kenapa aku nak harapkan bantuan manusia.