Thursday, 2 July 2015

Penulis?? mungkin YA mungkin TIDAK

sejujurnya aku bukanlah penulis.. bukanlah manusia yg punya idea yang mencurah-curah sehingga ke ladang gandum. aku hanya boleh tulis tentang diri aku. 

BENGKEL PENULISAN JEJAK TARBIAH.

dalam sibuk berpraktikum fasa 3, ummi ajak kami pergi bengkel penulisan. kami lupa kami kena bentang proposal beberapa hari selepas bengkel ni. kami laju je setuju. bila kawan-kawan tanya ' bila korang nak pegi. eh minggu tu la kita bentang proposal'. ALAMAK!!! kami dah setuju dengan ummi pastu ummi dah bayar, takkan nak cancel pulak. hmmm.. takpelah kita pegi jelah tapi kita siapkan kerja dulu. cakap memang senang tapi kerja tu tak siap sepenuhnya. nak bentang apa kalau tak siap. tetibe WASSAP diterima.. pembentangan proposal ditangguhkan.. fuhh lega kami. tenang hati ni.. ALLAH permudahkan urusan kami.. ALHAMDULILLAH.



okay.. kat gambar ni aku senyum tapi sekarang aku rasa TERBEBAN bila orang anggap aku pandai menulis. bila orang fikir aku boleh menulis cerita cantik dan sewaktu dengannya. pertandingan pra penulisan tu aku join sebab suka-suka dan aku tulis tentang aku je. mana aku tahu nak tulis benda lain. aku nak mengaku sungguh-sungguh yang aku takda bakat menulis tu. setakat tulis gitu-gitu bolehla tapi nak serius ni lambat lagi la kot. 

tugasan edu pulak baru-baru ni nak kena tulis tentang cerita inspirasi, cari cikgu yg kau rasa kau suka cara dia mengajar or pape la then tulis. mula kawan-kawan sibuk cakap kau takpelah kau pandai menulis. hahahahaha.. kalau pandai mesti aku punya cerita dah siap. ni aku masih tak mula lagi, 

perjalanan mencari tuhan tu beberapa orang je yg aku bagi baca. yg lain berapa kali mintak nak baca aku serius taknak bagi sebab aku yakin korang takkan suka. aku akui cerita tu terlampau jujur dan mungkin sebab tu boleh terpilih dan mungkin sebab penganjur kesiankan aku. ada yg baca tu gelak so aku tekad dah takkan bagi orang lain baca, harap maaf, permohonan ditolak dan cerita tu tak boleh jugak nak dipublish kat sini nanti jejak tarbiah marah aku. sesiapa yg ada copy tu tolong DELETE supaya aku tenang. so yg nak baca cerita pegi beli buku lain. 

tak tahu nak beli buku apa ?
nah senarai buku 
bedtimes story sentap 1 & 2 ( aku  sangat-sangat suka buka ni)
sebelum aku bernikah (ada jugak masuk bab nikah)
tarbiah sentap (aku follow tarbiah sentap sejak ogos tahun lepas)
di mana dia dihatiku
dua hati satu rasa
pujuklah hati 
reclaim your heart
banyak lagila.. malas nak pegi selongkar buku semata-mata cari tajuk. paling senang pegila kedai buku. 








No comments:

Post a Comment