Drama dan Movie Melayu (atau indonesia, bangla, afrika, nepal, somalia dan lain2) yang ada UNSUR-UNSUR haram, maka ia TETAP HARAM.
Takde siapa kata halal. Contohnya adalah suamiku encik sotong, suami ku labi-labi, suamiku jatuh dari langit, suamiku jatuh dari bumbung, Hati Perempuan, Hati Pondan, Anakku Bukan Anakmu Kau Siapa, Bawang kelabu Bawang pink, dan lain-lain.
Tak kisahlah Melayu je, Korea ke, Bangla ke, Somalia ke. Bukan hanya Korea Jepun je.
Contoh unsur haram?
1) Dedahkan aurat. Sapa kata dedah aurat kita boleh tengok?
2) Ada unsur seks dan lucah samada sikit atau banyak.
3) Ada unsur menggalakkan pergaulan bebas.
4) Ada unsur mengagungkan arak dan mengangkat syirik.
Dan lain2.
Jadi apa kena buat? BOIKOT la semua drama ni. Kami dah lama boikot, anda mesti boleh punya. Kami bukan malaikat, kami bukan Sahabat Nabi, kami sama macam anda.
Kami sama macam anda ler wahai kawan-kawan. Kami hidup di akhir zaman yang penuh fitnah, duduk dalam masyarakat yang haru biru, ada ahli keluarga yang tak taat perintah Allah dan buat maksiat, belajar di kampus yang ramai orang buat maksiat dan dosa, ada ramai kawan yang buat dosa tapi tak rasa bersalah, dan lain-lain.
Kita sama ja.
Kami pun rasa nak tengok juga. Siapa kata tak best melayan nafsu nak berhibur?
Tapi kami usaha juga sedaya upaya untuk jauh dan tinggalkan. Walaupun ada masa kami tewas, tapi kami tak putus asa dengan rahmat Allah.
Kami pun kadang2 malas nak bertaubat, malas nak ulang taubat lagi dan lagi. Tapi kami cuba dan paksa diri untuk taubat dan menangis depan Allah.
Kami cuba dan terus cuba walau banyak kali gagal dan walau kadang2 tu nak putus asa. Tapi at least we try and keep trying. Kami yakin, anda pun boleh..
Usaha lah untuk tinggalkan maksiat. Usahalah.. Anda tak rugi pun. Dan kami tak untung se sen pun kalau anda tinggalkan maksiat.
Anda marah dan kutuk kami pun, paling jauh Anda hanya boleh unsubscribe emel Tarbiah Sentap, dan anda rasa "puas" maki hamun kami.
Selepas tu, apa lagi anda dapat? Kita sebenarnya nak apa dalam hidup ni?
Kita nak apa sebenarnya? Nak berhibur je? Kawan-kawan..
Satu soalan terakhir..
Belum sampaikah lagi masa untuk anda berubah dan taat pada perintah Allah? Belum sampaikah lagi?
Jom kita muhasabah..
Ikhlas,
Team Tarbiah Sentap
huh.. tak terasa tak tahu la.
masih lagi berusaha tinggalkan semua jenis drama muvi lagu.. masih lagi tersasar, masih lagi terjatuh. jatuh sekali tu kesilapan. jatuh dua tiga seratus kali tu ke... apa pulak.
dulu naik bas kena dengar lagu. cas henpon penuh-penuh. sekarang takyah lagu dah. balik raya hari tu aku lebih suka bas tak pasang radio dpd dengar lagu raya tak berapa nak best. buat kerja pun tak dengar lagu sebab memang jenis takleh berfikir bila dengar lagu.
aku suka dengar lagu hindustan. mungkin sebab kecik dulu banyak cerita hindustan ni. boleh je aku nyanyi satu lagu tu penuh, sebutan pun betul. cuba la time mengaji camtu. ni payah pulak. sedih mengenangkan 3 tahun tak pandai lagi. ada yg cakap aku konfiden tu memang aku tak suka. bila masa kat mana aku konfiden. jangan cakap ikut sedap. aku bab konfiden ni memang tahap paling rendah tak kira dalam apa pun. paling tak konfiden nak jumpa mak orang. sempat lagi nak fikir yg tu.
memang susah, memang payah, memang tah apa lagi la tapi kena cuba jugak.
No comments:
Post a Comment