Thursday 30 July 2015

Tamat Dah.. sobs.. sobs..

habis dah tempoh kutip data..
alhamdulillah, ada jugak data nak bentang nanti.


lama lagila nak dengar suara budak-budak panggil 'cikgu, cikgu'
budak-budak ni banyak nak perhatian, manja-manja. tu takpela jangan kurang garam sudah. ada jugak kurang garam tu yg asyik nak banding tinggi. susah jugak jadi cikgu kecik ni, budak buat macam kawan. lain kali bagi sekolah lain. budak-budak ni tak takut dgn aku. junior pun ada cakap 'akak dua orang ni muka baik. macam tak pandai marah'. banyakla tak pandai marah, kami marah pun dorang dengar sekejap. 

nak lembut dgn budak-budak ni susah sebenarnya tapi aku cuba jugakla. hari terakhir ingatkan boleh sembang dgn kawan-kawan, tak sangka pulak kena jaga budak pra. mujur 6 orang je datang dan deme ni menyenangkan hati. suruh melukis deme lukis senyap je. dah siap lukis dibagi main bising pulak. ah budak-budak ni. kita suruh main senyap-senyap. pastu bagi kerja balik semua senyap. tenang hati aku.

akak,(budak pra panggil akak aku tak kisah, jangan tahap 1 tahap 2 mahu aku cubit) dia tunjuk kaki dia yg melecet. 

ouh..kenapa kaki ni. aku senyap kejap. dahla takde ubat apa. aku bagila tisu. 
tak lama lepas tu, datang seorang lagi, akak tangan dia luka, berdarah.
aku ingatkan darah banyak mana la.. laa sikit je tapi muka dia macam nak nangis. eh budak ni kecik je pun. tapi aku tahu benda tu besar bagi dia. 

mun cakap 'budak-budak ni manja. tapi biasala budak-budak'
hmm aku setuju yang tu. jangankan budak-budak kita yang besar ni kadang nak jugak bermanja. nak-nak lagi dgn mak. suruh sikit rambut, urut-urut. memang tak senang orang tua tu. jangan pelik kalau mak aku masak pucuk betik bila aku balik. aku selalu cakap mak orang lain masak benda berjenama tapi mak aku hmm.. dah tu yang kau suka. pahit kelat semua ada. kakak-kakak aku taubat taknak makan. aku je tahan lasak ni. tak kisahla rasa apa pun. balik rumah aku tak cari ayam. aku dgn ayam bukan kawan baik sebab banyak daging. macam biasala aku nak tulang tapi bukan tulang yg anjing makan tu. kalau ada ayam dgn ikan pun aku lebih suka ikan. kesian ayam tapi takpe ramai lagi suka ayam.  aku rasa aku tak memilih bab makan tapi ada jugak yg aku tak makan. dah tua-tua ni tak suka makan benda manis. aiskrim memang jarang. kuih raya pun dah tak makan banyak. semua nak manis. masam tu aku suka la. ritu kat rumah umi ada tapai. aku tengok sedap je ana makan. aku nak try jugak tapi aku keluarkan balik. tak kena dgn aku. 
ana cakap 'ada jugak benda kau tak makan'. ana yang memilih tu boleh pulak suka. PELIK.

nak cerita tentang budak yang tersasar ke hal makan tu kenapa. 
hari tu cikgu pindah dah, hari ni pindah lagi ke?
aah, cikgu kena pergi ngaji. sedih jugakla nak tinggalkan sekolah lagi-lagi ada yang bagi kad. tak pulak dorang bagi hadiah kali ni. hihihi. takpe bagi kasih sayang cukupla. cakap rindu tu pun dah bermakna walaupun tak tahu betul ke tak rindunya tu.  

4F ok sikit hari ni. aku mintak mun jaga sebab aku nak buat ujian dgn 5 orang tu. janji nak bagi buku hampir semua duduk diam. nak bagi 4 orang tapi semua macam baik je jadi aku wajibla beli buku lagi. takpe nanti cikgu beli lain pastu cikgu bagi cikgu izni. ahad nanti mintak kat cikgu izni. mujur ada junior kat sekolah tu lagi. best jugak kalau internship nanti kat titi gajah tapi kalau boleh kami nak berenang jauh-jauh dan timbul tempat lain pulak. taknakla asyik-asyik timbul kat titi gajah. 

3 bulan 4 hari kat titi gajah tamat dah. intern nanti tak tahu la kat mana. posting lagi la tak ketahuan. 

kes lain pulak..
dah diberitahu dan aku tak tahu nak cakap apa. 
aku jawab baik-baik jelah. 

No comments:

Post a Comment