kau kan tak nampak kau benci orang tu. pandai kau berlakon.
hah? aku berlakon. pandai je korang nak kata aku berlakon. aku cuma cuba sembunyikan apa yg aku rasa utk elak benda lebih besar. penat nak ulang benda yg sama. penat nak hadapi masalah yg sama. takpela aku pura-pura sekejap. tak suka takla sampai membenci.
bila terasa aku pilih utk buat-buat tak terasa. aku buat tak dengar apa dia cakap.
bila kalah berbicara aku pilih utk dengar saja. bagila orang menang. tak rugi pun.
bila.................................
cuba la tahan apa patut. disebabkan aku kurang penyabar aku cakap jugakla hari tu kan. lepas cakap baru menyesal. kalau la aku sabar sikit je lagi. dulu kalau nak marah ke nak apa mesti aku cakap kat diri "sabar sikit je lagi". ada yg cakap sabar tu ada had dia tapi ada jugak yg cakap kalau ada had tu bukan sabar namanya. dah tu nak ikut yg mana satu?
nak sembunyikan tu bukan senang. apa yg dirasa boleh je nampak kat muka tapi kalau dah korang kata korang tak perasan maksudnya aku berjaya.
aku risau kalau kawan senyap. kenapa dia senyap? aku ada buat salah ke? kenapa muka dia camtu?
kau no 1
kau no 2
kau no 3
tetibe mun cakap " kau no 4. nak masuk syurga sorang-sorang"
hah? yeke? tapi aku tahu jugak mula-mula aku baca, aku terasa dulu dah.
tak kejut tu sebab aku takut nak ganggu orang tidur. aku takut orang marah.
kenapa kau tak kejut aku tadi?
sebab aku nak bagi kau rehat. ingatkan nak kejut kau tak lama pastu tapi aku tertidur. ada jugak masanya aku jadi no 3. no 1 dan no 2 harapnya tak jadi kat aku sampai bila-bila. bibik je yg berani kacau orang tidur ni. heee.
ayah : makan banyak bagi tinggi
ummi : ada yg terasa ke?
laju aku geleng kepala. tak. tak. kite tak terasa la. rasa tinggi dah ni.
ayah : camna nak bagi tinggi. nak gemuk senang, boleh makan. nak tinggi ni camna.
kenapa la tetibe ayah nak bagi tinggi pulak.
Friday, 28 August 2015
Wednesday, 26 August 2015
X-Circle
jadual keluar dah.. terkejut dgn perubahan panel tapi aku lagi terkejut aku sorang je dari math 1. yg lain math 2. bukan tak suka dorang cuma aku tak suka takde kawan. bukan tak kawan dengan dorang cuma aku nakla sorang dari kelas aku jugak. nama aku pertama maksudnya aku pertama bentang ke? terima. terima. terima jelah. ade ke aku nak bentang time tu jugak aku penjaga masa untuk bilik sebelah. kalau dibagi pilihan aku suka jugak nak jaga masa tu biar takyah bentang.
rasa berat je nak siapkan. ni sebab tak sihat atau memang aku tak berapa rajin. nak cari kata semangat kat mana la ni nak bagi cepat siap.
kenapa tak balik lagi?
semalam bagitahu ummi kami nak balik
kenapa nak balik? tinggal la kat sini. meriah sikit rumah ni. anas pun suka.
kami diam je.
kat sini tak boleh buat kerja ke?
eh takla. boleh je.
kalau camtu tinggal la kat sini.
kali pertama kami boleh tahan lagi. kali kedua ummi buat muka comel kami terus angguk. maka ajie sorang yg balik. kami bila nak balik? kena balik jugak sebelum bentang.
moga panel tak banyak tanya. dulu proposal senang je terima, jangan yg dah betul-betul ni ditolak pulak. kenapa jugak panel tu ditukar.
X-Circle yg dulu namanya APPLE. tak sesuai jadi kita tukar la.
Monday, 24 August 2015
BUBBLE ke PUZZLE
baru nak tutup mata dah dengar suara dia. bangun dah budak kecik ni. bibik tak siap lagi kerjanya. kenapa tidur sekejap sangat. ingatkan dapatla tidur kejap pastu bangun nak buat kerja. rupanya.... dari bubble kami main puzzle tetibe ajak kejar-kejar pulak. sekarang dia main sorang bolehla nak merepek kat sini sambil tengok dia main takut dia termakan, terjatuh, ter apa la. virus-virus, bakteria jahat dah nak hilang jadi bolehla akak teman. tetibe boleh sihat lepas tengok kitchen rule. lagi-lagi team aku menang. kalau tak mintak ampunla. nak baring sesaje. sukala aku nak teman kalau tak nangis. mujurla dia tak nangis bibik takde. tadi bangun terus cari bibik.
kalau dulu dia suka ikut kami keluar tapi sekarang dia nak dengan bibik je. banyak kali ajak pun taknak.
kat tempat lain ada yang tengah viva, ada yang dah habis viva. kami baru nak neves tak siap lagi.
"nak bentang baru nak hantar". nasib bukan penyelia kata camtu. bentang minggu depan kira logikla saya hantar draf hari ni. lewat tu memang lewat. nak kata sibuk dengan benda lain tu entahla. makin tak banyak masa makin banyak pulak taklimat seminar segala bagai. tu pun dah ambik masa kami buat laporan.
apa la agaknya budak ni fikir. dia main tu dia ada fikir pape ke. suka tengok anas sekarang. macam-macam dia boleh buat. bila la nak pandai cakap. tadi aku berpeluh kejar dia sekarang ana pulak. anas tunggu kak dah la kalau nak kejar-kejar kami ni dah tua.
Thursday, 20 August 2015
-Internshipkatmana-
berita internship datang lagi. macam biasa kami ni paling lambat dapat maklumat.
betul ke boleh pilih mana-mana kita suka? boleh balik rumah?
siapa la taknak balik rumah. takyah fikir banyak dah. pilih je yg dekat dgn rumah. tapi....tak semudah itu. itu ini kena fikir. kat sini seorang, kat sana pun seorang jugak tapi sekurang-kurangnya ada family. ayah boleh hantar pegi sekolah. kat sini memang takde la. aku nak drive tu memang dalam mimpi pun takkan jadi.
fikirkanlah mana yg terbaik.
kena tinggal la aku ni |
Sunday, 16 August 2015
-Takde Tajuk-
tak kenal dah mana satu sam, crowley, dean..
kenapa serabut sangat ni. rambut tu sikatla elok-elok.
patut ke marah kalau orang kata apa yg kita suka tak cantik?
tak patut. tak patut.
takpela orang tak suka. tak cantik di mata dia janji kita suka, hati kita bahagia.
kalau semua suka benda sama siapa nak suka benda lain.
pendapat, pandangan sejauh mana kau nak pandang, pendirian, cadangan dan macam-macam boleh je cakap. aku cuba terima.
dalam beribu perkataan yang aku taip & banyak cerita aku karang ni agak-agak orang yg baca rasa apa?
jawab dalam 300 patah perkataan. banyak sangat? okayla satu perenggan pun takpe. kalau banyak jugak bagila satu ayat.
-Seringgit Dua-
kau ingat yang kita pecah tabung apa? tabung amanah rakyat kau nak ada seribu dua ribu dalam ni. ni tabung masjid kau tahu tak. aku bukan nak cakap apa, manusia zaman sekarang kalau menderma kat tabung masjid ni memang not seringit la yg kita akan jumpa. not 5 ringgit tu jarang-jarang. not 10 tak tahu la aku boleh jumpa ke tak. itula sifat manusia kita wi. pergi ke masjid seringgit 5 ringgit bagi dorang dah cukup besar. dorang lebih suka menghabiskan duit pada tempat-tempat tak berfaedah, mendatangkan kemudaratan. -
memang selalu nilai yg sedikit itu diberi. nilai yg banyak simpan sendiri.
aku juga begitu. hai cerita tu lawak memang lawak tapi banyak jugak menyentap kami ni.
ingatkan jatuh dari langit camne. rupanya gitu.
moga tak kedekut lepas ni.
mesti kau haaapppy kan kalau tengah kurang duit tetibe jumpa duit dalam buku. ni aku buh dalam buku sebab nak bagi dia cantik. ikut perangai mak yg asal jumpa duit cantik nak simpan. tak kisahla 1,2,3 ringgit pun. biasanya yg cantik-cantik ni aku offer kat mak aku nak simpankan ke tak. kalau tengah ada duit aku bagi je tapi kalau takde aku mintak tukar. bak sini duit yg tak cantik tu. dari sekolah sampai sekarang perangai ni aku tak boleh nak tinggal. kalau nak bagi duit kat aku mohon bagi yg tak cantik. perangai ni ada jugakla baiknya. ada jugakla aku simpan dpd takde langsung. ada jugak benda nak bagi kat mak dpd takde. dulu-dulu suka kumpul syiling. asal cuti mesti bawak balik syiling. tu pun kalau hujung sem aku tak pergi tukarla. selalu jugak aku dgn mun tukar bila hujung bulan masa kat rumah sewa. kenapa bila beli barang orang tanya ada syiling tak? aku pun sayang syiling tu. memang takdela kak. syiling tinggal kat rumah.
mencari folder kajian tindakan....
-Hmmmmm-
kalau cakap macam nak salahkan family, mak ayah.
aku tak reti dan tak tahu nak wish macam-macam ni.
aku tak tahu nak cakap apa. macam takde perasaan pulak aku ni.
dari kecik tak berlatih nak ucap ayat gembira simpati segala bagai jadi dah besar macam pelik sangat.
kalau kawan aku sedih nangis pun aku duduk je tepi. memang takde ayat.
kalau perasan aku selalu tak jawab salam kat mesej sebab aku jawab secara lisan.
kecuali kalau memang orang bagi salam je takde ayat lain. kalau ade ayat lain memang aku fokus kat ayat lain. yg ni aku boleh baiki. yg lain tu kena ada banyak latihan. bukan aku tak simpati or apa cuma aku tak tahu nak kata apa. hee.
-HENSHIN-
hari ni kite ada buku baru.
bukan beli tapi free.
tag & win jubah kalau sampai berpeluh aku komen tag kawan-kawan pun aku takkan dapat. kalau buku senang sikit nak dapat. aku komen sekali je pun. nampaknya rezeki kat buku. kenapa kau asyik-asyik dapat buku? sebab Allah nak aku baca dan berubah kot. moga baca tak sekadar baca. takut sebenarnya, baca & tahu tapi buat tak tahu. tahu lepas tu rasa bersalah tapi buat jugak. hmm. tula yg aku selalu buat. aku buat jugak walau dah tahu salah.
apa hobi kau??
hmm.. errr.. ...
baru berapa helai aku baca. baru pendahuluan aku rasa kena tikam. mujur tak mati lagi.
-kalau kau mampu ubah aku yg biasa-biasa jadi luar biasa, aku akan sangat berterima kasih-
aku gurau je tadi tu..
kenapa kau??
.......................
tu ke rasanya??
okay takpe. kalau memang untuk aku memang akan jadi hak aku jugak akhirnya nanti. takyah nak rasa macam-macam. mun dah ajak keluar. aku dah agak ayat kedua tu jalan kaki dgn alasan bersenam. senam mendenye kalau nak pegi makan. cmart je pun. kalau nak suruh jalan kaki ke perak pun aku sudi asalkan ada yg sudi dengar cerita dan bercerita. mesti nanti rindu nak jalan dgn kau. siapa la sudi nak jalan kaki ni buat penat je. dari wangi jadi kurang wangi. bukan tak wangi terus.
Friday, 14 August 2015
-Esok Kuiz-
keje xda gaji masa kuliah |
aku jenis manusia yg suka buat pilihan. tiap malam aku buat pilihan.
kau nak buat kerja ke tak? kalau tak, pegi tidur. jangan buang masa buat benda lain.
esok ada kuiz, jadi soalan malam ni
kau nak baca lagi ke tak? kalau tak pegi tidur.
jenis manusia yg suka bergambar dan pastikan kau senyum seikhlas mungkin kalau nak bergambar dgn aku. senyum sikit tu macam terpaksa. lebih-lebih lagi kalau gambar tu penting. contohnya...
kalau kakak aku ada wasap tiap hari aku bagi gambar sebab tiap hari ada gambar kami. mujurla guna mms tapi tu pun aku hantar jugak.
20 soalan objektif. objektif je pun.. boleh main tanda ikut suka. guru dan cabaran semasa. kelas ganti cuti raya. cuti sikit pun nak ganti.
Thursday, 13 August 2015
-CARI RAJIN-
aku ingat 10hb je hari ni aku tak ingat.
dapatla mesej dpd kawan
"happy anniversary"
hah? anniversary apa?
ouhh.. lupa.
mesti aku pernah tunjuk kad aku kat kau dulu kan.
kuat jugak daya ingatan kau.
13hb ni aku tak ingat sebab tu tarikh dalam kad. aku ingat 10hb je.
lagipun risau tengok kawan dah siap tesis jadi aku lupa segalanya.
tesis kena bentang hujung bulan.. bila dapat taklimat macam risau sangat tapi rajin tu tak tahu hilang kat mana. tolong carikan rajin utk aku.
3 tahun. jangan tanya apa yg dah berlaku.
macam sekejap tapi dosa tu dah setinggi gunung kot.
hmmmm..........
anggap ni hadiah bday kau |
utk selesaikan masalah mahal tak mahal kite beli wide shawl jelah. murah sikit. cuma nak pakai tu banyak kali jugak aku nak merajuk. payah sangat kenapa?? dua helai shawl aku betul-betul suka dan senang sikit nak pakai tapi yg dinamakan wide shawl ni memang selalu buat aku marah. mujur si ana datang membantu. kalau tak aku iron tudung lain.
doakan aku rajin siapkan kerja-kerja yg ada. nak grad dah ni. gagal tesis kena ulang satu semester. tak sanggup aku. T__T
meningkatkan kemahiran mendarab guna X-circle.
fb suka la nak ajak main game. menyusahkan aku je nak block benda-benda tu.
-Akhirnya...-
mana nak sangka dapat bercantum kepala lagi. |
"beli makanan cepat sikit nanti ada hal lain"
hah?? ingatkan dia yg ada program lepas tu. rupanya nak ajak dating berempat.
tak cakap awal kalau tak tadi bawak dah carpet segala tilam bantal.
dia kata dia perlukan masa jadi aku duk senyap-senyap. tengok tunggu camna.
kalau menanti tu dapat buat kau kembali, aku tunggu.
rasa bahagia doa tu dimakbulkan. tetibe dia datang bilik.
biasala kami peluk-peluk dulu sorry kemudian. akhirnya.....
-Cikgu Matematik-
tak cukup dgn gambar, video pun buat jugak utk jamuan nanti.
ada apa dgn matematik?
matematik bukan aku yg pilih.
belajar di sini juga bukan aku yg pilih.
aku hanya menurut perintah. mengikut pilihan keluarga.
selalu 1 kelas je utk matematik tapi bila tiba giliran kami tetibe lahir kembar.
tak tahu dia bahagi camna yg pasti umur budak matematik 1 lebih tua dpd matematik 2.
alvin 25 tahun ni
lelaki kecuali bala dan zawawi 24 tahun
perempuan ajie dan sharyn 24 tahun
yg lain boleh berlagak muda. yg lahir kemudian rasanya masuk matematik 2.
ada hikmah masuk matematik 1. banyak perempuan tak cukup tinggi. ada 4 orang je kot yg tinggi sikit. yg lain hanyalah comel. kalau dgn matematik 2 memang kalahla kami.
tak cukup 43 orang sebab salim takde.. siapa salim??
ada apa dgn matematik?
matematik bukan aku yg pilih.
belajar di sini juga bukan aku yg pilih.
aku hanya menurut perintah. mengikut pilihan keluarga.
selalu 1 kelas je utk matematik tapi bila tiba giliran kami tetibe lahir kembar.
tak tahu dia bahagi camna yg pasti umur budak matematik 1 lebih tua dpd matematik 2.
alvin 25 tahun ni
lelaki kecuali bala dan zawawi 24 tahun
perempuan ajie dan sharyn 24 tahun
yg lain boleh berlagak muda. yg lahir kemudian rasanya masuk matematik 2.
ada hikmah masuk matematik 1. banyak perempuan tak cukup tinggi. ada 4 orang je kot yg tinggi sikit. yg lain hanyalah comel. kalau dgn matematik 2 memang kalahla kami.
jangan tanya aku siapa diana kalau korang tak kenal siapa salim.
aku kenal dah diana tu. agak-agak salim akan terus camtu ke?
nak jugak tanya salim. betul ke dia tak pernah bahagia? betul tak suka dgn kami?
betul ke selama ni hanya sandiwara? nak tanya tapi tahu dah jawapan dia. ramai dah mesej dia dan jawapan dia tetap sama. biarkan salim. jangan menyesal sudah.
aku kenal dah diana tu. agak-agak salim akan terus camtu ke?
nak jugak tanya salim. betul ke dia tak pernah bahagia? betul tak suka dgn kami?
betul ke selama ni hanya sandiwara? nak tanya tapi tahu dah jawapan dia. ramai dah mesej dia dan jawapan dia tetap sama. biarkan salim. jangan menyesal sudah.
sejak bila michelle kidal? |
kalau betul rajin camni maka tak perlula aku baca balik buku utk kuiz sabtu ni. tangkap gambar je lebih. aku tak tahu orang study camne. pegi kelas tumpu perhatian betul-betul ke?? aku tumpuan aku hanya sejam yg pertama. kuliah 3 jam, 2 jam lagi entahla. kadang tutup mata. kadang pandang sana sini. kadang conteng buku dan sekarang sensitif dgn kamera. jangan kau pegang henpon bukak kamera automatik aku senyum.
aku ni suka belajar ke tak sebenarnya? nak balik tu aku sukala.
Wednesday, 12 August 2015
-Cikgu Cikgi-
hand sanitizer. kalau pegi sekolah memang wajib benda tu ada dalam beg. bukan nak kata budak kotor tapi saja-saja. aku lepas kelas mesti basuh tangan. yela dah kat kelas tu kadang guna kapur. kalau guna marker pun selalu padam guna tangan. nak cepat kot. nak cari pemadam pun tak sempat. bab bersih-bersih ni aku kalau boleh nak semua bersih. (bersih bagi aku, pada pandangan mata aku).
1. lepas pakai kasut cuci tangan.
2. nak pegang makanan cuci tangan
3. lepas pegang penyapu cuci tangan
4. remote control kat rumah kadang aku buh sanitizer
5. jangan bawak/letak kasut kat dalam rumah (skg rak kasut adik2 kt dlm rumah, sakit mata aku tengok)
6. basuh tangan lepas main
7. ...............................................................................................................................................................
cerewet ke tak aku tak kisah. bukan nak suruh orang ikut. tu cuma kebiasaan aku. kadang aku pun tak larat nak buat tapi aku rasa tak bersih. aku takut nanti aku terpegang makanan, muka dan segalanya dgn tangan tak cuci tu.
bab nak betulkan, tegur budak-budak ni bukan sebab nak jadi cikgu tapi sebab aku seorang kakak dan makcik errr rasa tak muda pulak. jadi aku biasa dahla nak nasihat dorang tu. nasihat ke marah?? selalunya macam marah. dulu-dulu selalu la marah sekarang kite tahu dah budak-budak ni kena cakap lembut-lembut. tapi kalau lembut tak jalan jugak memang datang balik marah tu.
yang lain-lain tu adela jugak. malas dah nak taip.
kelas petang
kita akan berhenti pukul 3.30.
aku tengok jam, encik terus tengok jam.
ena duk tengok jam tu.
eh takde la encik. saya tengok fail tu nak kena tt ke tak.
(kalau lambat tt nanti aku yg kena naik atas hantar)
akal dia. akal dia.
encik tunjuk carta organisasi kpm.
ni yg lama.
memang la yg lama. takkan saya nak update.
saya cakap perlahan je camne encik boleh dengar.
ada jamuan lepas tu mestila nak cepat.
-SEKEPING GAMBAR-
oktober 1996 |
satu-satunya gambar masa kecik. dulu-dulu mana nak ada kamera sangat. ni pun ada gambar sebab nak buat surat beranak. dah 6 tahun beranak baru nak buat sijil tu. haiii.. kalut buat surat beranak sebab nak masuk darjah 1. tadika kite main masuk je. budak bijak dorang tak kisah takde surat beranak pun.
2 orang kakak tu boleh pulak apak daftar awal. giliran aku taknak pulak pegi daftar. nak kata ada hal entahla. punya payah nak buat tu. kena iv tengok muka sama tak dgn orang lain. mujur masa tu muka sama dgn kakak kedua. dorang bagila sah aku anak mak ayah aku. kalau tak bukan warganegara aku ni.
hidup masa kecik memang tak sesenang mana. sampai sekarang nenek aku duk sebut
"budak nila selalu dibawak ke kebun".
disebabkan takde adik masa tu jadi aku la anak paling manja. pakai topi, baju lengan panjang, seluar panjang aku duk atas pokok getah tumbang. tunggu mak ayah menoreh. kalau nak pegi jauh mak akan datang ambik dan dukung pindah tempat lain. tak tahu la sampai bila camtu. dah masuk tadika kot baru aku tak ikut dah.
kami kecik-kecik semua kat kebun. memang duduk kat hutan la. berjiran dgn orang india. merasala kakak aku kari segala macam. dia yg rajin pegi rumah sebelah makan. mujur mak aku ajak pindah ke kampung sebab kakak-kakak dah nak sekolah. kalau tak memang jadi orang hutan la kami.
ingatkan aku anak bongsu rupanya ada lagi. muncul yg keempat aku takleh dah nak manja. dulu suka main pondok-pondok so aku suruh mak buat pondok. tak pasal-pasal kena marah dgn nenek.
"kau ingat mak kau bujang". (jangan marah aku, aku ingat sampai sekarang)
kerana budak kecik tu aku kena marah. umur 8 tahun baru ada adik memang rasa lain. muncul yg kelima aku besar dah jadi aku tak heran sangat. yg kelima lahir tak cukup hari sebab darah tinggi jadi banyak hari la dorang kat hospital. budak ni lambat dibawak balik tapi lampin dia sampai dulu. dah satu hal kami kakak-kakak ni kena tolong basuh. dahla banyak pantang larang. kain tak boleh jatuh, kena basuh kat rumah. stres akak ooiii. adela sekali kain tu terjatuh. memang laju la aku lari pegi ambik sebab taknak mak tengok. budak tu dah besar baru aku cerita.
bab berpantang janganla depan family aku memang terseksa orang tu. tapi yg bestnya dorang yg tolong buat semua. kau duduk diam-diam je dgn baby. semua benda boleh selesai. pantang demam, sakit pun aku tak tahan. itu ini tak boleh. tak rela aku ikut semua tu.
ehhhhh 12 Ogos.
happy birthday sister. 27 tahun. kau memang tua pun.
moga cepat bertemu jodoh. usah dikenang kisah yang lama.
baru teringat. sorry.
hah, family aku memang takde la sambut birthday ni. ingat pun kot tak. memang tak biasa dari kecik so tak kisah mak ayah tak wish, tak buat apa, buat tak tahu ke. lupa pun takpe. dah 23 tahun ni memang tak pernah lagila dorang wish ke apa. takpe. kalau tetibe wish memang pengsan la aku.
PHOTOSHOOT MAJALAH
Monday, 10 August 2015
E.M.A
RAYA IDPA
esok nak pakai apa, takde baju.
hah, aku sendiri gelak dgn ayat tu.
cer bukak almari kau akan nampak banyak baju.
takde baju maksudnya takde baju baru..
baju ni jelah kite pakai sebab baru pakai sekali ritu time bday ahmad.
mun kata mcm hantu. penat tunggu makcik sarung cincin poh kong |
tak habis2 dgn gaya dena bahrin. bukanla wi.. tu aku sendiri |
Friday, 7 August 2015
.Move on.
doakan aku tak selalu merepek tak tentu hala. doakan aku boleh kawal emosi yg terlebih aktif.
bangun tidur hari ni nampaknya lebih baik dari semalam. aku mimpi indah sangat ke sampaikan aku rasa nak berlembut hari ni. dah elok nak lembut ni jangan tetibe bagi aku jadi lain. banyak yg merepek tu dah revert to draft. kadang tu nak jugak hilang ingatan biar boleh lupa semua. tapi taknakla. jangan sebab satu kesakitan aku lupa semua keindahan. kenangan tercipta. jangan kata tak pernah bahagia kalau kau pernah bergelak ketawa.
hari ni kena keluar lagi sebab semalam ana tak sihat kena balik awal. banyak lagi urusan tak selesai. jadi hari ni cik kak takde kat bilik. sebarang permintaan pertanyaan boleh diajukan malam nanti. kita tak guna data utk mengelakkan celcom terlebih untung. wifi yes tu pun dah cukup membebankan tiap bulan. maaf terlebih perasan. rasanya takda pun yg nak tanya.
doakan jugak perkara ni selesai.
aku inginkan hidup senang
aku inginkan hati tenang.
Terpulanglah.
-
mengubah diri yg membawa maksud berpura-pura, hipokrit rasanya tak perlu. tapi berubah ke arah kebaikan itu perlu.
kalau dah tahu rumah tu kotor tolong kemaskan bersihkan bukan biarkan ia bersepah dan berkata " kalau tak suka keluar dari rumah ni'. kalau begitu terpaksala clean house new york datang tolong bersihkan.
begitu juga sikap kita. bukan kita mahu berubah utk orang suka tapi seandainya kita tahu sikap itu membawa derita tidak salah kita mencuba. berubah itu perlu tapi harus ke arah kebaikan.jangan samakan kawan sekolah dgn kawan sekarang. yang dulu tu kita jumpa kawan sekejap-sekejap saja. yang duduk asrama tak tahula. aku tak minat duduk asrama. yang sekarang dari bangun tidur sampai nak tidur balik orang pertama yang kita nampak dia. nak makan ajak dia. nak keluar ajak dia. hampir semua dgn dia. mungkinla yang dulu tu lebih baik. tak dapat aku nak menilai benda yang aku tak nampak. tapi kalau benar kita tak sesuai, carilah pengganti yang lebih memahami.
- moga coretan tidak disalaherti. moga akal mendahului emosi. moga pujukan dan rayuan tidak dianggap cacian. moga segalanya baik-baik saja. beribu kemaafan aku pinta. aku mahu ketenangan jiwa.
- moga ini yg terakhir. penat dah fikir. taknak dah fikir. malam tadi mungkin aku membenci, pagi ini aku relakan kau pergi. semua ni mungkin tak berlaku kalau kita tak terlalu rapat. dulu semua baik-baik saja. ada benda yang patut diperjuangkan, ada benda yang patut dilepaskan. tetapi andai kau kembali aku terima dgn senang hati.
Ujian Dugaan Cabaran
mun : dulu tu kalau hujan mesti hujan berhenti kalau kita jalan tapi sekarang ni hujan tak berhenti.
aku : dulu tu kita baik. sekarang dah makin jahat. hujan pun taknak berhenti.
ana : orang ni dah tahu kite suka tulang bagila tulang.
daging ni dah...................
ayam oh ayam.
dgn kebijaksanaan yg ada cepat je aku faham ana. aku malas nak gelak malam-malam ni nanti tak betul aku. mintak dah taknak dada tapi dia dengar saya nak dada kot.
kisah jalan kaki aku dgn mun tak pernah berhenti. kami rehat sekejap lepas tu kami jalan lagi. orang lain ade jugak ikut tapi tak selalu. kat asrama, kat rumah sewa dan kat asrama lagi kami lebih suka guna kaki.
orang yg tengok mungkin kesian tapi kami suka sebenarnya. banyak masa utk bercerita. pokok-pokok kat tepi tu pun dah kenal kami. tadi sedar jugak makin tua makin banyak masa kami ambik utk berjalan. biasanya sekejap atau pun sebab hujan kami lambat. apa gunanya payung kalau tak guna. tapi takla pegi time hujan lebat.
bersyukur kau ada kaki. senang nak jalan pergi mana-mana. takyah nak manja sangat. dgn keadaan sekarang ni jalan kaki lebih baik takyah guna minyak.
moga kita dapat lalui ujian ini dgn jayanya.
budak-budak kecik larikan diri.
0608
kakak-kakak datang nak sambut birthday saajidah. memandangkan ahmad ada sekali kita buat sekali la. ahmad, maaf utk hadiah yg terlewat. untung kakdah birthday masa kakak-kakak semua dapat elaun.. muncul jugak kau elaun.
anas yg paling hepi dengar akak semua nyanyi. jadi kita sambut birthday anas jugakla. mungkin ini yg terakhir. tahun depan kami post hadiah. susah nak pilih hadiah utk kakdah lagi susah cari hadiah ahmad. apa yg lelaki suka? hmm. memang tak jumpala jawapan tu.
terima kasih banyak kat ahmad saajidah dan anas sebab sudi kongsi kasih sayang ummi dgn ayah. kami mintak sikit je tau.. pasni kak ajie bawak kakak-kakak baru jumpa ummi. kami nak pergi dah jadi kami carikan pengganti. rasa cemburu jugak tapi utk apa? daripada ummi kesunyian kita bagila teman.
ummi nak buat satu permintaan boleh?
boleh..
nak pinjam reclaim your heart. tak habis baca lagi.
sekarang ni taknak ingat aku baca buku.
hari ni baru nak beli payung. sediakan payung sebelum hujan?? takk. beli sebab tiap hari hujan.
setiap seorang ada. pink biru hijau. ku pilih hijau........
Thursday, 6 August 2015
---------------------------------
boleh cakap, boleh bagi pendapat tapi jangan memaksa. seperti mana yg di sana perlukan masa, yg di sini pun perlukan masa. yg aku perlukan nasihat, cadangan, pendapat bukan arahan.
cantik dah ayat mula-mula tu, aku rasa aku dapat terima tapi bila aku dengar
"saya tak kisah kamu nak buat camna pun, saya nak benda ni selesai"
tetibe kejahatan aku muncul. aku taknak. aku bosan dgn maaf yg takda makna.
yang bercakap mungkin tak mengerti. orang yg ada kawan rapat/kawan baik maksudnya dia pandai berkawan. yg sorang-sorang ni biasanya bermasalah. (munirah:2015)
bukan hati tak kasih sayang tapi mustahil la aku or kami nak ikut cara dia
"sedangkan PM pun kami tak ikut, nikan pula kawan"
baru je teringat, sedangkan suruhan/ larangan Allah pun selalu tak ikut nikan pulak manusia.
apa definisi terima seadanya??
bila ditegur kata orang tak terima seadanya. padahal orang tegur utk kebaikan.
kau fikir, aku fikir. aku menegur utk memperbaiki bukan nak buat kau lari.
tak guna kau berikan permata poh kong kalau kesilapan yg sama kau ulangi.
lama-lama maaf tu tak berharga.
soalan yg aku paling nak tanya.
aku dicipta utk dijadikan bahan gurauan ke?
aku dicipta utk dijadikan bahan kutukan ke?
remeh bagi dia tak remeh bagi aku.
sedangkan dgn family lagi kita terasa, inikan pulak kawan.
aku dah ada jalan penyelesaian cuma aku perlukan masa.
kalau jarak ini dapat memberi pengajaran kepada kita biarlah kita jauh utk seketika.
moga maaf kali ini lebih bermakna.
cantik dah ayat mula-mula tu, aku rasa aku dapat terima tapi bila aku dengar
"saya tak kisah kamu nak buat camna pun, saya nak benda ni selesai"
tetibe kejahatan aku muncul. aku taknak. aku bosan dgn maaf yg takda makna.
sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di pagi hari (cuaca jitra sekarang).
kalau boleh diberikan hati yg baru utk digantikan hati yg kurang tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian pastinya aku mahu.
yang bercakap mungkin tak mengerti. orang yg ada kawan rapat/kawan baik maksudnya dia pandai berkawan. yg sorang-sorang ni biasanya bermasalah. (munirah:2015)
bukan hati tak kasih sayang tapi mustahil la aku or kami nak ikut cara dia
"sedangkan PM pun kami tak ikut, nikan pula kawan"
baru je teringat, sedangkan suruhan/ larangan Allah pun selalu tak ikut nikan pulak manusia.
apa definisi terima seadanya??
bila ditegur kata orang tak terima seadanya. padahal orang tegur utk kebaikan.
kau fikir, aku fikir. aku menegur utk memperbaiki bukan nak buat kau lari.
tak guna kau berikan permata poh kong kalau kesilapan yg sama kau ulangi.
lama-lama maaf tu tak berharga.
soalan yg aku paling nak tanya.
aku dicipta utk dijadikan bahan gurauan ke?
aku dicipta utk dijadikan bahan kutukan ke?
remeh bagi dia tak remeh bagi aku.
sedangkan dgn family lagi kita terasa, inikan pulak kawan.
aku dah ada jalan penyelesaian cuma aku perlukan masa.
kalau jarak ini dapat memberi pengajaran kepada kita biarlah kita jauh utk seketika.
moga maaf kali ini lebih bermakna.
Wednesday, 5 August 2015
-GAME-
henpon
internet
game
ni bukan utk kawan-kawan. aku tak kisah korang nak main. aku nak bagitahu orang lain.
game ye game. kalau tanya aku game apa aku ada, takdela aku cakap aku tak main. mestila ada. parking break
tetris
find it disney
can knockdown
fruit ninja
roller
sudoku
tahun lepas atau semester lepas ke yg hampir semua main 2048. haa aku try jugak kat henpon orang tapi tak pernah menang dan buat aku stres. siapa cakap game tu bagi hilang stres. menambah adela.
internet
game
ni bukan utk kawan-kawan. aku tak kisah korang nak main. aku nak bagitahu orang lain.
game ye game. kalau tanya aku game apa aku ada, takdela aku cakap aku tak main. mestila ada. parking break
tetris
find it disney
can knockdown
fruit ninja
roller
sudoku
tahun lepas atau semester lepas ke yg hampir semua main 2048. haa aku try jugak kat henpon orang tapi tak pernah menang dan buat aku stres. siapa cakap game tu bagi hilang stres. menambah adela.
tu jelah yg ada. lama dah tak main. sejujurnya, aku tak suka orang yg fokus dgn game ni. dulu aku bandingkan kesalahan yg aku buat dgn orang-orang ni. aku ada bagitahu jugak. kalau tengok cerita, cerita tu akan habis. tapi game banyak stage dia. kononnya takpe tengok cerita sia-sia dpd main game. sebenarnya salah tetap salah. dua-dua tak ok.
memang hak masing-masing tapi aku boleh kan nak bagitahu yg aku tak suka. kalau kawan biasanya aku kacau time dia main. aku cuba bagi dia kalah. jahat kan aku. sebab perhatian tu tak kat aku. nah, aku pun nak perhatian jugak. aku percaya orang lain tu tak main tapi tak tahula. selalu cakap tak kenal memang tak tahula main ke tak. HARAPNYA TAKLA.
jangan kata tempat internship tak dapat, elaun pun tak masuk lagi ni haa. sabo jelah. soalan remeh yg aku nak tanya semalam tu, tinggi berapa?
jangan kata tempat internship tak dapat, elaun pun tak masuk lagi ni haa. sabo jelah. soalan remeh yg aku nak tanya semalam tu, tinggi berapa?
-Suwit Sawit-
tengok pakcik makcik kat mana-mana, eh suwitnye dorang. hmm. takyah tengok jauh-jauh. cer tengok family kita. family aku bab suwit ni susah sikitla nak tengok. kami tak biasa.
dulu ada cerita tentang suwitnya suami tu sebab bagi kasut kat isteri. eh apak aku pun buatla.
masa tu adik taknak ikut keluar tapi mak paksa. jadi budak tu ikut tapi tak bawak kasut. mak yg baik hati pun bagila kasut utk dia pakai lepas tu mak pulak takde kasut. ish aku la. budak ni memang nak kena. pastu apak tengok benda tu apak bagi la kasut dia kat mak. ada yg tanya, kenapa tak pakai kasut? "alar, kita kat bandar mana ada duri. lainla kat hutan". aku? aku tengok je. kagum dari jauh. pastu baru ajak beli kasut baru. budak tu punya pasal la. mengada sangat tak pakai kasut sendiri.
pagi-pagi hantar kakak pergi kerja balik tu apak beli nasi lemak tapi dapat beli dua je. nasi dah habis. kami bertiga kat rumah. yg satu mesti la utk aku. apak tanya, nak makan tak nasi lemak ni? mak kata nak. jadi apaknya cakap "kau makanla". masa makan pulak, mak ni mengada kononnya taknak pedas, ambik sikit je pastu bagi kat apak. aku? aku nak bagi jugak tapi dorang taknak. takpe-takpe.
tu jelah yg paling aku ingat. lagipun aku jauh mana nak nampak apa dorang buat.
nak suwit sawit sampai ke tua ni tak tahu lagila camna. cinta tu agaknya sampai mana je. hmm.
Subscribe to:
Posts (Atom)