oktober 1996 |
satu-satunya gambar masa kecik. dulu-dulu mana nak ada kamera sangat. ni pun ada gambar sebab nak buat surat beranak. dah 6 tahun beranak baru nak buat sijil tu. haiii.. kalut buat surat beranak sebab nak masuk darjah 1. tadika kite main masuk je. budak bijak dorang tak kisah takde surat beranak pun.
2 orang kakak tu boleh pulak apak daftar awal. giliran aku taknak pulak pegi daftar. nak kata ada hal entahla. punya payah nak buat tu. kena iv tengok muka sama tak dgn orang lain. mujur masa tu muka sama dgn kakak kedua. dorang bagila sah aku anak mak ayah aku. kalau tak bukan warganegara aku ni.
hidup masa kecik memang tak sesenang mana. sampai sekarang nenek aku duk sebut
"budak nila selalu dibawak ke kebun".
disebabkan takde adik masa tu jadi aku la anak paling manja. pakai topi, baju lengan panjang, seluar panjang aku duk atas pokok getah tumbang. tunggu mak ayah menoreh. kalau nak pegi jauh mak akan datang ambik dan dukung pindah tempat lain. tak tahu la sampai bila camtu. dah masuk tadika kot baru aku tak ikut dah.
kami kecik-kecik semua kat kebun. memang duduk kat hutan la. berjiran dgn orang india. merasala kakak aku kari segala macam. dia yg rajin pegi rumah sebelah makan. mujur mak aku ajak pindah ke kampung sebab kakak-kakak dah nak sekolah. kalau tak memang jadi orang hutan la kami.
ingatkan aku anak bongsu rupanya ada lagi. muncul yg keempat aku takleh dah nak manja. dulu suka main pondok-pondok so aku suruh mak buat pondok. tak pasal-pasal kena marah dgn nenek.
"kau ingat mak kau bujang". (jangan marah aku, aku ingat sampai sekarang)
kerana budak kecik tu aku kena marah. umur 8 tahun baru ada adik memang rasa lain. muncul yg kelima aku besar dah jadi aku tak heran sangat. yg kelima lahir tak cukup hari sebab darah tinggi jadi banyak hari la dorang kat hospital. budak ni lambat dibawak balik tapi lampin dia sampai dulu. dah satu hal kami kakak-kakak ni kena tolong basuh. dahla banyak pantang larang. kain tak boleh jatuh, kena basuh kat rumah. stres akak ooiii. adela sekali kain tu terjatuh. memang laju la aku lari pegi ambik sebab taknak mak tengok. budak tu dah besar baru aku cerita.
bab berpantang janganla depan family aku memang terseksa orang tu. tapi yg bestnya dorang yg tolong buat semua. kau duduk diam-diam je dgn baby. semua benda boleh selesai. pantang demam, sakit pun aku tak tahan. itu ini tak boleh. tak rela aku ikut semua tu.
ehhhhh 12 Ogos.
happy birthday sister. 27 tahun. kau memang tua pun.
moga cepat bertemu jodoh. usah dikenang kisah yang lama.
baru teringat. sorry.
hah, family aku memang takde la sambut birthday ni. ingat pun kot tak. memang tak biasa dari kecik so tak kisah mak ayah tak wish, tak buat apa, buat tak tahu ke. lupa pun takpe. dah 23 tahun ni memang tak pernah lagila dorang wish ke apa. takpe. kalau tetibe wish memang pengsan la aku.
No comments:
Post a Comment