-
mengubah diri yg membawa maksud berpura-pura, hipokrit rasanya tak perlu. tapi berubah ke arah kebaikan itu perlu.
kalau dah tahu rumah tu kotor tolong kemaskan bersihkan bukan biarkan ia bersepah dan berkata " kalau tak suka keluar dari rumah ni'. kalau begitu terpaksala clean house new york datang tolong bersihkan.
begitu juga sikap kita. bukan kita mahu berubah utk orang suka tapi seandainya kita tahu sikap itu membawa derita tidak salah kita mencuba. berubah itu perlu tapi harus ke arah kebaikan.jangan samakan kawan sekolah dgn kawan sekarang. yang dulu tu kita jumpa kawan sekejap-sekejap saja. yang duduk asrama tak tahula. aku tak minat duduk asrama. yang sekarang dari bangun tidur sampai nak tidur balik orang pertama yang kita nampak dia. nak makan ajak dia. nak keluar ajak dia. hampir semua dgn dia. mungkinla yang dulu tu lebih baik. tak dapat aku nak menilai benda yang aku tak nampak. tapi kalau benar kita tak sesuai, carilah pengganti yang lebih memahami.
- moga coretan tidak disalaherti. moga akal mendahului emosi. moga pujukan dan rayuan tidak dianggap cacian. moga segalanya baik-baik saja. beribu kemaafan aku pinta. aku mahu ketenangan jiwa.
- moga ini yg terakhir. penat dah fikir. taknak dah fikir. malam tadi mungkin aku membenci, pagi ini aku relakan kau pergi. semua ni mungkin tak berlaku kalau kita tak terlalu rapat. dulu semua baik-baik saja. ada benda yang patut diperjuangkan, ada benda yang patut dilepaskan. tetapi andai kau kembali aku terima dgn senang hati.
Friday, 7 August 2015
Terpulanglah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment