berdiri depan cermin tengok pakaian, tengok penampilan.
kalau dinilai dpd pakaian pastinya tinggi pujian.
pakaian tu hanya sekadar pakaian. labuh hanya sekadar labuh.
selalu aku rasa dan aku sedar sebenarnya sikap aku berbeza dgn penampilan.
pakaian hanya sekadar buat aku selesa. kalau pakai macam tu bermakna kena lemah lembut segala bagai memang bukan aku. nak lembut suara merdu ni memang jauh sikitla. cakap guna bahasa sopan yg teramat tu memang tak jugak. aku cakap macam biasa.
-korang jangan anggap kami ni berilmu or baik sangat. kami biasa je.
-takpe, kami memang tak percaya dah orang bertudung labuh ni. bagi kami sama je.
rasa terkejut dan terkilan jugakla. patutnya kita berbeza. ni dipandang sama saja. nak salahkan siapa?
alah, tudung labuh pun dating jugak. lainla kami ni kalau buat macam tu orang tak heran. padanla dgn pakaian kami. aku dgn mun memang tak dapat nak kata apa. sakit pun tahan jelah. salah di pihak kami sebab tak boleh nak pertahankan dan salahnya dorang sebab anggap dorang bebas buat macam-macam hanya kerana pakaian dorang camtu. sejak bila pulak orang pakai biasa boleh buat sesuka hati cik yang ooii. takpelah, pakaian tu membantu jugak tambah sifat malu. dah pakai elok-elok takkan nak buat kerja tak elok. salah jugak yg dah pakai elok tapi buat tak senonoh tu kan kena label semua sama. patutnya tunjuk la yg elok-elok je.
No comments:
Post a Comment